image_pdfimage_print

Sejak beberapa minggu yang lepas, saya sedang merancang satu perjumpaan dengan pihak pemasaran sebuah syarikat Network Marketing yang terkemuka dan sudah bertapak 20 tahun di Malaysia.

Saya telah meneliti perkembangan syarikat ini sejak beberapa bulan yang lepas selepas pelancaran satu pelan pemasaran yang baru bermula pada bulan Ogos 2015 yang lepas. Memang nampak menarik pelan pemasaran tersebut di samping produk syarikat yang sememangnya sudah di kenali ramai. Sebelum perjumpaan ini di rancang telah di adakan beberapa sessi perjumpaan dengan beberapa orang leaders untuk mengatur pertemuan yang boleh memberi manfaat pada kedua-dua belah pihak.

Kami bertemu pada 4-nov di Bertam di mana pihak syarikat di wakili oleh 3 orang executives pemasaran mereka manakala saya membawa 3 orang leaders untuk berbincang. Di samping itu dua orang upline terdekat turut sama hadir.

Banyak yang dapat di bincangkan termasuk perancangan pihak syarikat di samping perancangan yang kami cadangkan. Pertemuan pada 4-nov ini akan di adakan satu lagi sessi follow up pada minggu berikutnya.

Secara keseluruhannya, masing-masing berpuas hati walaupun belum lagi membuat apa-apa komitmen samada untuk terjun di dalam bisnes ini atau tidak.

Nantikan episod blog post yang akan menyusul nanti !

Did you like this? Share it:
Categories: usahawan

coachkhairul

Wordpress coach

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *