1

Perjumpaan dengan pihak pemasaran

Sejak beberapa minggu yang lepas, saya sedang merancang satu perjumpaan dengan pihak pemasaran sebuah syarikat Network Marketing yang terkemuka dan sudah bertapak 20 tahun di Malaysia.

Saya telah meneliti perkembangan syarikat ini sejak beberapa bulan yang lepas selepas pelancaran satu pelan pemasaran yang baru bermula pada bulan Ogos 2015 yang lepas. Memang nampak menarik pelan pemasaran tersebut di samping produk syarikat yang sememangnya sudah di kenali ramai. Sebelum perjumpaan ini di rancang telah di adakan beberapa sessi perjumpaan dengan beberapa orang leaders untuk mengatur pertemuan yang boleh memberi manfaat pada kedua-dua belah pihak.

Kami bertemu pada 4-nov di Bertam di mana pihak syarikat di wakili oleh 3 orang executives pemasaran mereka manakala saya membawa 3 orang leaders untuk berbincang. Di samping itu dua orang upline terdekat turut sama hadir.

Banyak yang dapat di bincangkan termasuk perancangan pihak syarikat di samping perancangan yang kami cadangkan. Pertemuan pada 4-nov ini akan di adakan satu lagi sessi follow up pada minggu berikutnya.

Secara keseluruhannya, masing-masing berpuas hati walaupun belum lagi membuat apa-apa komitmen samada untuk terjun di dalam bisnes ini atau tidak.

Nantikan episod blog post yang akan menyusul nanti !




Kenapa harus menjadi usahawan?

Kenapa anda harus menjadi usahawan? Adakah bidang keusahawanan itu merupakan satu pilihan atau keperluan?

Adakah anda mendapati bahawa hari demi hari, anda semakin terjerat dalam pusingan perbelanjaan yang tidak berhenti?

Adakah anda mendapati bahawa setiap bulan, wang simpanan anda bukan bertambah, tetapi semakin berkurangan? Adakah anda sebahagian besar daripada rakyat Malaysia yang mempunyai hutang kad kredit?

Sama ada anda menjawab ya atau tidak, realitinya adalah sudah menjadi keperluan untuk setiap individu menambah pendapatan bagi menghadapi cabaran sekarang dan juga masa depan.

Kos kehidupan yang kian meningkat meletakkan beban kepada keluarga untuk menyara kehidupan yang selesa. Dalam kesempitan wang, pilihan harus dibuat, haruskah anak dihantar tuition,  atau di belikan pakaian sekolah baru? Nak bayar hutang kereta, atau nak bayar sewa rumah? Bagaimana jika berlaku kecemasan, adakah anda mampu?

Ini bukan pilihan, tetapi sudah menjadi satu keperluan. Keusahawanan memberikan setiap individu peluang memulakan lebaran baru. Keusahawanan – sama ada separuh masa atau sepenuh masa, adalah jalan yang terbukti membebaskan anda daripada kemelut kewangan.

Sabda Rasullah SAW ” 9/10 daripada rezeki di dunia ini datangnya daripada perniagaan.”

Kenapa dan apakah kelebihan menjadi Usahawan Worldwellness ?

Anda kini bersedia menjadi usahawan. Tetapi apakah langkah seterusnya? Berapakah modal yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Perniagaan apa yang anda ingin usahakan?

  • Anda perlu sebuah perniagaan yang flesibel – boleh di jalankan separuh masa atau sepenuh masa. Jangan sampai yang di kejar tidak kesampaian , yang di kendong keciciran!
  • Anda perlu produk untuk di niagakan – produk yang mampu menarik minat pengguna dengan promosi meluas bagi memudahkan anda menjual
  • Anda perlu bimbingan dan latihan – tunjuk ajar selok belok menjadi usahawan beserta pengetahuan teknik penjualan dan pemasaran produk berkualiti
  • Anda perlu sistem yang mudah di ikuti – lebih mudah sistem anda, semakin tinggi kebarangkalian kejayaan anda

Anda tidak perlu mencari lagi … Sertai keluarga Worldwellness di dalam program 1keluarga 1usahawan di mana slogan kami ialah menjadikan keluarga yang lebih bahagia, sukses bersama. Berminat sila klik ke program keusahawanan Worldwellness 1keluarga1usahawan dengan klik di sini ….

Atau hubungi Khairul di +6 012-5396213 untuk keterangan lanjut di mana kami menjadikan orang biasa, kejayaan luarbiasa …

kenapa harus jadi usahawan

 




Ulasan buku Rahsia Jutawan Islam Stormreaders

Buku terbaru yang di edarkan di bawah Stormreaders ialah sebuah buku yang amat menarik sekali iaitu “Rahsia Jutawan Islam

“Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”

Abdul Rahman Bin Auf adalah ikon usahawan dan tokoh jutawan Islam. Apakah model bisnes dan rahsia kejayaan beliau? Buku ini akan mengupas rahsia bisnes Abdul Rahman Bin Auf bagi tatapan kita, usahawan moden dan umat akhir zaman.

Jutawan Terkaya Pada Zaman Nabi

Abdul Rahman ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri, tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta.

Erti Hidup Pada Memberi

Untuk Perang Tabuk, Abdul Rahman menderma lebih daripada RM25 juta (200 dinar, 500 ekor kuda, dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya.

Jual Pada Harga Modal Dan Tetap Untung

Abdul Rahman menjual 1000 ekor unta pada harga modal tanpa margin keuntungan. Keuntungan beliau ialah pada tali pengikat unta yang dijual sekali dengan unta sebagai nilai tambah. Beliau menjual tali itu dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari beliau menjana keuntungan 100 dirham.

Bisnes Diberkati Allah

Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,

“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah.”

Berbisnes di dunia, untung sampai ke syurga.

Isi Kandungan

Memimpin Transformasi Gaya Abdul Rahman bin Auf

Resume Abdul Rahman bin Auf

Bahagian 1: Nilai

*Hari Pertama – Memiliki Paradigma Kaya
*Hari ke-2 – Meneroka “Jalan Sutera”
*Hari ke-3 – Mengakses Maklumat yang Benar
*Hari ke-4 – Berdiri Atas Kaki Sendiri
*Hari ke-5 – Mencintai Rasulullah

Bahagian 2: Proses

*Hari ke-6 – Membetulkan Persepsi terhadap “Wang”
*Hari ke-7 – Bermula dengan Apa yang Ada di Tangan
*Hari ke-8 – Hijrah Memantapkan Bisnes

*Hari ke-9 – Menjadi Hebat dengan Sabar

*Hari ke-10 – Syukur dengan Kedua Tangan

Bahagian 3: Strategi

*Hari ke-11 – Zuhud Bisnes

*Hari ke-12 – Transformasi Nama dan Jenama
*Hari ke-13 – Tradisional Murabahah
*Hari ke-14 – Multi Tasking Anugerah Tuhan
*Hari ke-15 – Sinergi Haji dan Umrah

Bahagian 4: Quwwah

*Hari ke-16 – Kayakan Waris
*Hari ke-17 – Bisnes dengan Bukan Muslim
*Hari ke-18 – Dekati Masjid
*Hari ke-19 – Berdoa untuk Orang Lain
*Hari ke-20 – Aku Nikah dengan Satu Dinar

Bahagian 5: Matlamat

*Hari ke-21 – Bisnes Patuh Syariah
*Hari ke-22 – Menjadi Saudagar Tuhan
*Hari ke-23 – Bina Lingkungan Muakha
*Hari ke-24 – Integriti dan Karismatik
*Hari ke-25 – Refleksi Diri

Bonus Tambahan Untuk 5 Hari

*Panduan Bisnes Sepanjang Zaman
*FAQ: Salah faham Terhadap Abdul Rahman bin Auf
*Lapan Amalan Takwa

rahsia-jutawan-islam

Berminat mendapatkan buku Rahsia Jutawan Islam sila klik di sini .