1

10 azam yang ramai orang inginkan setiap tahun

Selepas beberapa kajian dan survey di buat terhadap kebanyakan orang, rata-rata memiliki azam atau resolusi setiap datangnya tahun baru.

Rata-rata di bawah ini adalah 10 azam yang paling popular yang ingin di penuhi oleh setiap orang.

  1. Lose weight (menurunkan berat badan)
  2. Manage debt/save money (penguruskan hutang/membuat simpanan)
  3. Get a better job (dapatkan pekerjaan yang lebih baik)
  4. Spend more time with family (mempunyai lebih masa untuk keluarga)
  5. Quit Smoking (berhenti merokok)
  6. Eat right/get  fit (makan dengan betul dan lebih sihat)
  7. Get a better education (mendapatkan ilmu/pembelajaran yang lebih baik)
  8. Reduce stress (mengurangkan tekanan)
  9. Go Greener (lebih mesra alam)
  10. Volunteer to help others (membuat kerja kebajikan untuk membantu orang lain)

Anda bagaimana? Adakah 10 azam di atas termasuk di dalam kategori azam anda untuk tahun 2012 dan seterusnya?

Berikan komen anda …. di bawah.




Satu permulaan yang baru !

Cepat sungguh masa berlalu. Sebulan berpuasa macam tak rasa apa-apa. Pejam celik pejam celik dah pun masuk hari raya yang ke 5.

Ramai yang masih lagi bercuti. Tapi masa-masa begini majoritinya sudah memulakan perjalanan untuk kembali ke destinasi masing-masing dan memulakan rutin kehidupan seperti biasa.

Terubat sudah kerinduan sanak-saudara dan ibu bapa di kampung. Ramai yang pulang berhari raya untuk bertemu kaum keluarga dan rakan-rakan zaman persekolahan.

Di kala inilah pelbagai cerita di keluarkan mengenangkan kehidupan semasa di sekolah. Ini lah masanya nak buat re-union, perjumpaan sana-sini dan rumah terbuka di merata tempat. Makan, minum, sembang-sembang bagi mengeratkan tali silaraturahim di antara satu sama lain.

Setiap tahun beginilah yang akan di alami oleh ramai daripada kita. Kini ramadan pergi sekali lagi, tahun depan InsyaAllah bisa ke temu di ramadan yang akan datang.

Datang dan pergi silih berganti perkara biasa. September ini aku juga ingin memulakan satu perjalanan baru. Satu cabaran yang baru.

Selamat datang September 2011.