1

Apa itu perubatan alternatif Ayurveda

Apakah sejarah herba Ayurveda?
Ayurveda merupakan sains perubatan 5,000 tahun menggunakan tumbuhan sebagai fungsi utama perubatan. Ayurveda merupakan gabungan dua perkataan iaitu “Ayur” dan “Veda” yang bermaksud kehidupan dan sain masing-masing membentuk sains kehidupan.

Dimanakah rawatan Ayurveda biasanya digunakan hari ini?
Rawatan Ayurveda kebanyakannya digunakan di negara Asia berbanding negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah yang mana sistem rawatan Ayurveda semakin popular kerana ia selamat dan berkesan.

Adakah rawatan Ayurveda mempunyai sebarang kesan sampingan?
Produk K-LINK Ayurveda diperbuat daripada herba yang telah diuji dan ianya berkesan tanpa sebarang kesan sampingan

Perlukah seseorang mengawal pemakanan ketika mengamalkan rawatan Ayurveda?
Untuk kesan yang lebih cepat, seseorang perlu mematuhi nasihat pemakanan ketika rawatan Ayurveda.

Bagaimanakah sistem rawatan Ayurveda berfungsi?
Rawatan Ayurveda tidak hanya mengurangkan gejala, tetapi menyerang dan menghapuskan punca penyakit dan menawarkan pemulihan.

Mengapa produk K-LINK Ayurveda merupakan satu kemestian?  
Antara faktor yang ketara dalam pendekatan Ayurveda adalah ianya mengetengahkan yang meditasi sebagai salah satu gaya hidup. Dalam erti kata lain, apabila kita masuk kedalam kereta, kita mengenakan tali pinggang keselamatan. Ini bukan kerana kita ingin sengaja melanggar kereta yang lain atau ingin terlibat dalam kemalangan, tetapi kerana ianya memberikan keselamatan sekiranya terjadinya sesuatu yang tidak diingini. Sama seperti produk Ayurveda, ianya bertindak sebagai penghalang dan memberikan perlindungan terhadap kebanyakan jenis penyakit.

Ketika rawatan Ayurveda, bolehkan sesuatu penyakit bertambah serius?
Tidak. Ini kerana dalam kes yang jarang dimana produk herba tidak berkesan sekalipun, ianya tidak boleh menyebabkan keadaan pesakit menjadi bertambah teruk. Apabila pesakit mengambil ubatan Barat, memulakan rawatan Ayurveda akan mengambil sedikit masa bagi menunjukkan kesan.

Dapatkah rawatan Ayurveda memberikan pemulihan 100%?
Sekiranya penyakit dirawat pada tahap awal, pemulihan 100% mampu diperolehi. Dalam kes penyakit kronik, rawatan Ayurveda mampu memberikan kesan yang memberangsangkan.

Adakah produk Ayurveda sesuai bagi semua golongan individu?
Ya. Sebagai produk semulajadi, ianya sesuai untuk semua unsur kehidupan.

Bolehkan produk Ayurveda boleh menyebabkan ketagihan apabila diambil untuk jangkamasa yang panjang?
Secara am, produk Ayurveda tidak boleh menyebabkan ketagihan atau kesan-kesan yang seumpamanya.

Adakah badan dan minda yang sihat memerlukan produk herba Ayurveda?
Ayurveda menawarkan kesihatan. Ia adalah perlu bagi mengambil produk Ayurveda bersama dengan pemakanan yang lain terutamanya tonik.

Perlukan kita mengambil produk Ayurveda selepas pulih sepenuhnya?
Ya, anda perlu mengambil produk Ayurveda selepas pulih sepenuhnya sebagai dos tambahan terutamanya tonik untuk kesihatan yang menyeluruh.

Mengapa sesetengah orang boleh mempunyai rasa badan yang amat panas serta haus selepas mengambil produk Ayurveda?
Ini adalah kerana sesetangah orang mempunyai pitta (api) yang berlebihan dalam badan mereka. Pitta ini telah dirangsang dan ini membawa kepada simptom suhu berlebihan apabila mereka mengambil makanan yang boleh menjana haba berlebihan, alkohol berlebihan dan sebagainya. AyuLite disyorkan untuk mengurangkan keadaan ini.

Mengapa sesetengah orang, selepas mengambil produk Ayurveda berasa letih dan mudah mengantuk?
Sekiranya seseorang berasa tidak selesa, ia adalah mudah bagi mereka berasa mengantuk dan letih. Kebiasaannya, produk Ayurveda tidak akan menyebabkan rasa mengantuk atau letih. Sebaliknya, pesakit yang mengambil produk Ayurveda akan berasa lebih cergas dan bertenaga. Biasanya, produk Ayurveda perlu diambil untuk jangkamasa enam hingga lapan minggu untuk menampakkan kesan.

Apakah perbezaan diatara tonik Ayurveda dengan vitamin biasa?
Tonik Ayurveda diperbuat daripada gabungan herba dan adalah merupakan produk semulajadi, manakala tonik biasa diperbuat daripada gabungan pelbagai jenis unsur kimia.

Perlukah kita mengambil tonik herba Ayurveda sebagai makanan tambahan bagi jangkamasa panjang? Jika ya, mengapa?
Pendekatan sains Ayurveda menekankan kepentingan untuk menyihatkan seseorang dan melambatkan proses penuaan. Untuk menjaga kesihatan dan kecergasan badan, herba tonik Ayurveda adalah disyorkan.

Adakah produk herba Ayurveda mempunyai mineral dan nilai khasiat?
Ya. Semua perubatan herba memberikan khasiat serta mineral dalam jumlah yang berlainan. Jenis dan unsur semulajadi mineral dalam setiap jenis adalah berlainan. Bergantung kepada jenis herba yang diambil, nilai nutrisi akan berbeza.

K-Ayurveda daripada K-Link mempunyai sijil halal yang sah di kilangkan oleh pengilang yang memiliki sijil amalan pengilangan baik iaitu WHO GMP .

Untuk mendapatkan informasi lanjut bagaimana produk K-ayurveda boleh membantu masalah kesihatan anda sila hubungi Khairul di +6 012-5396213 .

 




Ayurveda kunci kesihatan secara semulajadi

Ayurveda merupakan sistem penjagaan kesihatan holistik yang tertua di dalam sistem perubatan yang di amalkan di India untuk lebih 5,000 tahun. Ayurveda ataupun lebih dikenali sebagai “perubatan langit” berasal dari perkataan Sanskrit iaitu “ayus” (kehidupan) dan “ved” (pengetahuan) dan ianya memberikan pandangan yang komprehensif kepada kehidupan yang sihat terutamanya dalam kehidupan moden ini.

Ayurveda, juga dikenali sebagai perubatan alternatif mewakili sains kehidupan dan berasal daripada tradisi Vedik dari India . Berdasarkan daripada prinsip kehidupan yang abadi, sistem kesihatan yang holistik ini merangkumi lapan cabang pengetahuan. Cabang utamanya melibatkan simbiosis minda, jasmani dan rohani. Sebarang ketidakseimbangan dalam sintesis ini boleh mendatangkan penyakit. Sistem perubatan lampau ini akan mengembalikan keseimbangan diantara badan dan habitatnya dengan mewujudkan persekitaran kesihatan yang optimum.

Di India, seni perubatan Ayurveda mula disebarkan pada kurun ke-6 SM ke Tibet, China, Mongolia, Korea dan Sri Lanka oleh sami-sami Buddha yang mengembara ke tanah berikut. Walaupun kebanyakkannya tidak lagi wujud dalam bentuk yang asal, kesannya masih boleh dirasai menerusi beberapa konsep baru.

Sejak beberapa lama, Ayurveda telah mempengaruhi sistem perubatan kuno Cina, sistem perubatan Unani, dan juga sistem perubatan humoral yang dipraktikkan oleh Hippocrates di Yunani. Pengetahuan terkini mengenai sistem perubatan kuno India ini diperolehi daripada Charaka Samhita (walaupun terdapat versi terdahulu, Charaka Samhita yang terkini dianggarkan berasal dari kurun 1 SM), Astanga Hridaya dari Vagbhatta (kira-kira 500 SM) dan Susruta Samhita( Susruta Samhita dipercayai berasal daripada kurun-kurun terakhir Sebelum Masihi versinya yang terkini telah ditetapkan oleh pengkaji pada kurun ke-7 SM).

Tiga teks klasikal ini menerangkan tentang prinsip dan teori asas dari mana perubatan alternatif ini berkembang, Ianya menerangkan kepelbagaian maklumat klinikal serta pembedahan dan diperkaya dengan kajian terkini berkenaan dengan pengurusan pelbagai jenis penyakit.

Konsep tubuh badan

Menurut  Ayurveda, tubuh badan dilihat sebagai alam mikrokosmik yang terdiri dari elemen-elemen asal                                (panchamahabhutas ) – eter (akasha), udara (vayu), api (agni), udara (jala) dan tanah (prithvi) – bergabung untuk membentuk tiga humor (doshas), yang juga dikenali sebagai angin (vata), choler (pitta) and kahak (kapha).

Setiap dosha mempunyai kualiti dan fungsinya yang tersendiri di dalam badan. Keseimbangan di antara dosha akan menentukan konstitusi (prakriti) dan imuniti terhadap penyakit. Konstitusi ini  di pengaruhi oleh tenaga api dalaman (agni) dan fungsi usus (kostha) seseorang.

Tujuh tisu (dhatus) dan sisa buangan (malas) melengkapkan bentuk fizikal badan dan rangkaian saluran untuk mengedar cecair dan khasiat disekeliilng badan. Tiga konstitusi universal yang berkait-rapat atau lebih dikenali sebagai tiga gunas – suci (sattva), aktiviti (rajas) dan kepejalan (tamas) dapat mempengaruhi tahap kesihatan dan kualiti minda. Penyakit boleh berlaku sekiranya gaya hidup, faktor minda ataupun faktor luaran menyebabkan ketidakseimbangan pada satu atau lebih komponen diatas.

Ayurveda Pada Hari Ini

Ayurveda berfungsi berdasarkan petua dari pelbagai bahan yang terkandung dalam sayur-sayuran, dan zat-sat mineral yang mempunyai khasiat perubatan yang tertentu. Khasiat perubatan dalam bahan-bahan tersebut telahpun di dokumentasikan oleh pengamal dulu dan telah digunakan untuk mengubat penyakit dan memelihara tubuh badan. Perubatan Ayurveda dihasikan daripada ramuan herba dengan kombinasi lain-lain mineral dimana bahan-bahan tadi dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk tujuan perubatan.

Hari ini, Ayurveda mula mendapat sambutan di Negara Barat . Kajian menunjukkan ianya berkesan dalam merawat pelbagai penyakit termasuk ketidakhadaman dan masalah kulit dan ginekologi. Teknik Ayurveda dikatakan berkesan dalam membantu masalah sengau, sistem penghadaman yang lembap dan tekanan kehidupan.

Pesakit diklasifikasikan berdasarkan bentuk tubuh badan atau prakriti yang mana ianya ditentukan oleh kandungan dalam tiga doshas tersebut. Penyakit dan keuzuran dianggap sebagai ketidakseimbangan dalam dosha. Rawatan akan ditujukan untuk mengembalikan keharmonian ataupun keseimbangan kepada sistem badan dan minda.

K-Ayurveda adalah rangkaian produk herba ayurveda yang di pasarkan oleh K-Link International. Terdapat 14 jenis produk yang di pasarkan berdasarkan penyakit yang di hidapi oleh seseorang. Bagi melengkapkan konsep kesihatan K-Link iaitu CBA (Cleansing, Balancing & Activating), K-Ayurveda menawarkan kombinasi 3 produk utamanya iaitu AyuLax, AyuVigo (lelaki) atau AyuVita (wanita) dan AyuLite.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Ayurveda, K-ayurveda dari K-Link International sila hubungi Khairul di +6 012-5396213 .

ayurveda-k_ayurveda_ayulaxayurveda-k_ayurveda_ayulite