1

Peranan laman web social media di dalam pemasaran internet

Tidak dapat di nafikan social media kini memainkan peranan yang penting di dalam teknik pemasaran menggunakan internet di dalam mempromosikan perniagaan anda.

Siapa yang tidak kenal dengan Facebook, Twitter dan lain-lain laman web social media? Rata-rata kini ramai yang menggunakan facebook dan twitter di dalam memperkenalkan produk atau perniagaan mereka di internet.

Di antara laman web social media yang terdapat dengan banyaknya di internet di bawah ini adalah yang mendapat perhatian yang tinggi di seluruh dunia. Pendek kata anda mesti memiliki akaun di dalam laman web social media seperti berikut :

  • Facebook
  • Google+
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Youtube
  • Pinterest 

Ini adalah The Big 6 yang sentiasa menjadi perhatian ramai dan mempunyai jutaan orang yang mempunyai akaun di dalam nya.

Social media adalah satu platform untuk menghubungkan seseorang di internet secara percuma. Jadi ianya seolah-olah sama seperti kita berkomunikasi dengan seseorang di offline. Elakkan daripada melakukan spam dan berterusan menulis tentang apa yang anda pasarkan. Sebaliknya anda perlu mempunyai perhubungan cyber yang baik dengan connection, friend atau follower anda.

Ada banyak perkara yang anda boleh lakukan setiap hari sebagai aktiviti di dalam memperkemaskan strategi pemasaran social media anda. Contohnya seperti :

  • Update profail anda (cukup untuk bisnes anda sahaja, tidak perlu profail yang detail dan terlalu peribadi)
  • Upload atau masukkan photo yang berkaitan dengan perniagaan anda
  • Upload atau masukkan video yang berkaitan dengan perniagaan anda – lebih baik video yang bersifat education atau yang memberikan informasi tentang bisnes anda, bukannya sale secara terus
  • Post di wall anda secara konsisten dengan topik-topik yang menarik minat orang lain
  • Like, tag, share post orang lain yang menarik
  • Sertai group, sertai fanpage orang lain
  • Bina group anda sendiri, bina fanpage anda sendiri
  • Jadi seperti seorang “expert” di dalam bidang anda
  • Fokus pada membina jaringan rakan-rakan di alam maya daripada membuat sale secara direct
  • Dan banyak lagi

Selain daripada The Big 6 di atas, ada beberapa laman web social media yang hanya fokus kepada Home Based Business owner. Laman web social media sebegini adalah lebih fokus dan anda dapat berinteraksi dengan orang-orang yang mempnuyai minat atau hobi yang sama. Di antara yang popular adalah seperti di bawah ini . Ada juga yang menawarkan beberapa insentif dan affiliate program untuk anda memperolehi pendapatan sampingan dengan hanya ber social di internet .

Salam hormat dan semoga berjaya di dalam teknik pemasaran internet dengan menggunakan social media.