image_pdfimage_print

Di antara minuman kesihatan yang masih saya amalkan sehingga kini ialah minum air klorofil. Sejak 3 tahun yang lepas, air klorofil yang menjadi pilihan saya ialah yang di pasarkan oleh K-Link International.

Berikut adalah kebaikan yang dapat di manfaatkan dengan mengamalkan minuman kesihatan Klorofil.

Tiga kebaikan K-Liquid Chlorophyll

1. Pembersihan – merujuk kepada detoksifikasi dan penghapusann kotoran dalam badan
2. Pengawalan – mengimbangkan hormon-hormon serta asid dan alkali dalam badan
3. Penyuburan – membekalkan nutrien untuk kesihatan darah bagi meningkatkan tahap oksigen dan sel darah merah

Apakah Klorofil?

Klorofil merupakan penawar alam semulajadi yang didapati pada pigmen hijau tumbuh-tumbuhan hijau. Dalam proses yang dipanggil “fotosintesis”, klorofil dalam tumbuh-tumbuhan hijau menyerap dan menyimpan tenaga daripada cahaya matahari bersama dengan karbon dioksida di udara, air dan mineral-mineral dari tanah untuk menghasilkan makanan. Tenaga itu diperlukan untuk menukar air dan karbon dioksida menjadi glukosa – sumber utama tenaga untuk semua organisma hidup.
Mengapa Alfalfa?

Alfalfa dipilih kerana ianya mengandungi empat kali ganda lebih klorofil daripada sayur-sayuran lain. Akar-akarnya tumbuh sangat dalam untuk menyerap mineral-mineral seperti kalsium, besi, magnesium dan lain-lain.

Satu sudu besar K-LINK K-Liquid Chlorophyll sama seperti mengambil sayur-sayuran sebanyak 1 kg. Ia adalah sumber nutrien yang penting bagi merangsangkan kesihatan yang baik.
Melawan Radikal Bebas Untuk Mengurangkan Kedutan & Penuaan

Klorofil dalam alfalfa mengandungi agen anti-oksida yang dapat mengurangkan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas melemahkan badan dan membuat kita senang menjadi sakit. Radikal bebas adalah unsur oksida aktif yang dihasilkan oleh tubuh kita melalui proses metabolisme pemecahan makanan dan oksigen yang menghapuskan protein, lipid dan DNA. Ini akan mengakibatkan sel-sel biasa berubah dan menyebabkan bermacam-macam penyakit kepada tubuh kita. Radikal bebas adalah punca utama kepada penuaan.
Klorofil sangat kaya dengan:

Zink – Gabungan zink bersama vitamin A menggalakkan kesihatan yang baik
Selenium – Melindungi dan memperbaharui sel-sel badan
Vitamin E – Anti-penuaan, menyuburkan kulit dan mengaktifkan otak
Vitamin C – Meningkatkan kecergasan dan memiliki unsur-unsur anti-kanser
Vitamin A – Memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan

Lain-lain nutrien termasuklah protein, biotin, asid folik, asid pantotenik dan mineral-mineral seperti kalsium, kobalt, kromium, fosforus, silikon, potassium, mangan, magnesium, besi dan lain-lain.

Menggalakkan Pertumbuhan Sel-sel dan Meningkatkan Sistem Imuniti

Dr. Richard Wilstatter (1915) dan Dr. Hans Fischer (1930) masing-masing telah menerima Anugerah Nobel dalam Jurusan Perubatan dan KImia kerana menemui struktur molekul sel darah merah manusia dan klorofil. Dari sinilah dapat ditunjukkan bagaimana klorofil menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan penghasilan sel-sel membantu dalam membina sistem daya ketahanan.
Ciri-ciri Penghasilan Darah

Penerima-penerima Anugerah Nobel, Dr. Richard Wilstatter dan Dr. Hans Fischer juga telah membuat penemuan bahawa terdapat hanya satu perbezaan ketara di antara sel-sel darah merah dan klorofil iaitu klorofil mempunyai atom magnesium di dalam nukleusnya, manakala sel-sel darah merah mempunyai besi. Dengan itu, klorofil dapat membantu dalam kes-kes anemia dan keadaan kekurangan darah.
Membersihkan Badan daripada Racun Serangga dan Sisa-sisa Toksin Perubatan

Pakar pemakanan Prof. Bernard Jensen menjelaskan bahawa klorofil amat berkesan dalam mengurangkan toksin-toksin dari racun serangga dan sisa-sisa perubatan dengan mencucikannya keluar daripada badan. Beliau juga memerhatikan bahawa orang-orang sihat lazimnya mempunyai lebih tinggi jumlah darah berbanding dengan orang yang sakit. Bagaimanapun, selepas mengambil klorofil dengan banyak, jumlah darah pesakit telah bertambah dan kesihatan juga meningkat.
Mengurangkan Masalah Badan

Seorang saintis bernama Offen Krantz mendapati bahawa kebaikan-kebaikan klorofil dapat menolong pesakit-pesakit ulser perut. Klorofil telah menjadi pelengkap perubatan yang diarahkan oleh para doktor bagi pesakit yang mendapat ulser perut.
Memperbaiki Kulit Bermasalah dan Mencantikkan Kulit
Akhbar “The New England Medical Journal” telah melaporkan yang klorofil menolong dalam mengawal masalah-masalah kulit dan jangkitan dalaman. Akhbar “American Journal of Surgery” telah menyiarkan penemuan dari Temle Universiti mengenai penggunaan klorofil dalam penyembuhan luka-luka pembedahan dan keadaan-keadaan lain yang berkaitan.
Berminat untuk mendapatkan K-liquid Chlorophyll sila hubungi Khairul di +012-5396213

Did you like this? Share it:

coachkhairul

Wordpress coach

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *