Apa yang kita baca sebenarnya akan menentukan arah tuju apa yang akan kita lakukan di mana hadapan. Melalui pembacaan ianya memberikan kita pelbagai ideas dan maklumat baru untuk membuka pemikiran kita kepada yang lebih jauh lagi.
Setiap bulan saya membaca sekurang-kurangnya 3 majalah yang menjadi bahan bacaan rutin bulanan saya iaitu majalah Personal Money, majalah Solusi dan Success Magazine.
Kali ini saya nak bercerita tentang Success magazine … dan kenapa ianya menjadi majalah pilihan bacaan bulanan saya.
- Harga yang berpatutan walaupun anda perlu membayar kos kiriman kerana majalah ini akan di kirimkan kepada anda setiap bulan dari luar Malaysia. Ini kerana kandungan yang terdapat di dalam majalah ini dapat memberikan anda pelbagai idea untuk merubah kehidupan anda kepada yang lebih baik.
- Terdapat sekeping CD di dalam majalah ini yang di berikan secara percuma setiap bulan dan di dalam CD tersebut adalah minima 2 sessi interview dengan Success Guru yang terkenal. Ideas dan tips yang mereka berikan amat bermakna sekali dan anda boleh berulang-ulang kali mendengar CD ini. Selalunya di masukkan juga beberapa segmen audio klip samada dari John Maxwell atau Jim Rohn. Saya suka dengan konsep CD ini kerana setiap kali saya berada di dalam kereta, saya akan mainkan CD tersebut dan biasanya di dalam keadaan trafik jem sekalipun saya dapat menimba ilmu yang amat berharga.
- Di dalam setiap bulan, Success Magazine mempunyai tema yang di jadikan sebagai fokus di dalam majalah ini. Sebagai contoh seandianya bulan ini fokus utamanya adalah “kepimpinan” maka keseluruhan kandungan majalah dan CD akan berkisar kepada fokus utama tersebut.
- Di penghujung majalah anda akan di berikan satu set action plan berdasarkan kepada kandungan yang terdapat di dalam majalah tersebut. Oleh kerana itu setiap ilmu yang anda baca, anda boleh aplikasikan secepat mungkin kerana ada satu action plan atau pelan tindakan yang telah di berikan kepada anda untuk memulakan langkah seterusnya.
Untuk meninjau apakah kandungan yang terdapat di dalam versi bulan Januari 2012 untuk Success Magazine sila klik di sini . Selamat mencuba !!!
0 Comments