Cara buat blog dengan menggunakan wordpress
Cara buat blog dengan menggunakan wordpress sebenarnya bukanlah susah sangat. Ini kerana kesemua perkara asas yang diperlukan untuk memulakan blog menggunakan wordpress telah pun di sediakan secara percuma.
Salah satu kebaikan blog menggunakan wordpress adalah kerana terdapat banyak aplikasi plugin yang membantu di dalam membina dan memudahkan blog untuk mendapatkan traffik melalui kaedah SEO.
Selain daripada itu, wordpress blog mendapat tempat yang tersendiri di dalam enjin pencarian seperti google.
Mari kita lihat apa yang di perlukan di dalam membina sebuah blog menggunakan wordpress.
1. Domain Name
Perkara pertama yang anda perlu ada ialah nama domain. Nama domain ini ialah satu alamat di dalam internet seperti www.NamaAnda.com . Dengan memiliki nama domain sendiri, anda telahpun membuat satu branding ataupun jenama anda sendiri di dalam alam maya iaitu di internet.
2. Tapak Web
Setelah anda memiliki domain name, anda perlu mempunyai tapak untuk anda memulakan laman web ataupun blog anda. Pada kebiasaannya tapak web yang di beli seeloknya menggunakan Cpanel kerana ianya mudah untuk di gunakan semasa anda membuat blog ataupun laman web anda.
Di dalam Cpanel terdapat one-click installation untuk memasang wordpress di dalam tapak web anda. Kemudahan yang di sediakan oleh Cpanel ini memudahkan anda untuk memasang WordPress.
3. Aplikasi WordPress
Selepas anda memasang wordpress, anda perlu memasang aplikasi wajib seperti template, plugin dan widget. Kesemua aplikasi ini sudah di sediakan oleh wordpress samada secara percuma ataupun berbayar.
4. Sistem follow up autoresponder
Apa itu autoresponder? Autoresponder adalah perisian yang menghantar emel secara berkala atau berjadual kepada prospek atau pelanggan anda. Anda terlebih dahulu membuat setting di dalam program autoresponder anda, dan kemudian ianya akan memulakan tugas menghantar promosi , update dan folllow up anda secara berkala kepada prospek dan pelanggan anda tanpa anda perlu berada di depan laptop menghantar emel tersebut.
Inilah perkara-perkara asas yang di perlukan untuk membina satu blog wordpress yang akan membuat jualan secara automatik untuk anda selepas anda membuat setting dan setup.
Di antara perhidmatan yang saya rekomen kan untuk mendapatkan tools di atas ialah :
1. Domain name – boleh dapatkan domain name dengan harga yang berpatutan dengan klik di sini di Namecheap .
2. Tapak web – boleh dapatkan tapak web dengan aplikasi Cpanel di Hostgator, sila klik di sini .
3. Autoresponder – di antara Autoresponder yang terbaik ialah Getresponse. Di Getresponse juga anda akan dapat menggunakannya secara percuma untuk selama 30 hari, klik di sini untuk mendapatkan info tentang Getresponse .
Jika anda ingin mendapatkan kesemua tools di atas di dalam satu pakej, GVO HostThenProfit adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan info tentang GVO Host Then Profit .
Selain itu, saya juga mengadakan Group Coaching di dalam membina BLOG yang di beri nama BOSS Mastery Workshop (Blog Success System Mastery Workshop) di mana-mana di Malaysia ini. Sila hubungi saya Khairul di 012-5396213 atau whatsapp/telegram di 011-16746546