Apa yang menariknya membina blog anda dengan wordpress adalah kerana terdapat begitu banyak plugin yang boleh di gunakan untuk meningkatkan ranking di dalam enjin pencarian, menambah kegunaan blog, memudahkan sesuatu task atau kerja di jalankan di dalam wordpress dan banyak lagi.
Pendek kata jika anda memerlukan sesuatu yang anda mahu lakukan dengan blog wordpress anda, cari sahaja di dalam wordpress plugin pasti kebanyakkannya anda akan menemui jawapan yang anda cari.
Contoh yang paling mudah kegunaan plugin adalah di dalam peningkatkan ranking enjin pencarian dan mengoptimumkan blog atau web anda. Ini lebih di kenali sebagai SEO iaitu search engine optimization. Dengan adanya plugin, tugas anda telah di permudahkan di mana anda tidak perlu lagi kemahiran teknikal di dalam meningkat ranking web anda di dalam search engine. Terdapat banyak plugin yang anda boleh gunakan seperti All in one seo pack, head space2 dan lain-lain lagi.
Lebih daripada 28,000 plugin terdapat di dalam wordpress.org direktori yang anda boleh gunapakai. Biasanya di dalam setiap blog lebih kurang 5-15 plugins sahaja yang di gunakan mengikut citarasa dan objektif blog atau web anda.
Di dalam wordpress.org plugin direktori anda boleh mendapatkan plugin yang biasa di gunakan oleh orang lain dengan melihat di dalam menu “The Most Popular Plugin”. Ini adalah senarai plugin yang mendapat jumlah bawaturun atau download yang tertinggi. Di samping itu di dalam plugin direktori juga terdapat “Feature plugin”. Anda boleh juga melihat apa yang dapat di lakukan oleh plugin-plugin ini.
Ada beberapa kriteria yang anda perlu tahu di dalam memilih plugin untuk wordpress blog anda kerana mungkin plugin tersebut tersebut sudah tidak di kemaskinikan mengikut versi wordpress terbaru jadi ianya mungkin tidak sesuai dengan wordpress blog anda. Mungkin juga theme atau tema blog anda tidak boleh berfungsi apabila anda menggunakan plugin tersebut. Jadi anda kenalah memilih dan mencuba plugin tersebut terlebih dahulu.
Jika ianya tidak sesuai, de-activate kan sahaja atau delete plugin tersebut dari wordpress dashboard anda.
Ini adalah kriteria yang anda perlu lihat di dalam memilih plugin :
- Kali terakhir plugin tersebut di kemaskinikan
- Adakah plugin ini compatible dengan versi wordpress terbaru?
- Berapa jumlah download dan bawaturun yang telah di terima oleh plugin tersebut
Selamat mencuba beberapa plugin yang anda boleh dapatkan dari wordpress plugin directory dengan klik di sini.
Jika anda belum memiliki wordpress blog tetapi berminat untuk belajar, dapatkan 5 video percuma langkah demi langkah memulakan wordpress blog anda dari kosong dengan klik di sini.
0 Comments