Khasiat kebaikan produk Gabungan 7 buah-buahan Terbaik dunia dalam exfuze seven plus .
Goji
Menjelajah ke Banjaran Himalaya dan Tibet, penemuan beri ini telah dikenalpasti terdapat di seluruh kawasan Himalaya selama beribu tahun. Ia kerap dikaitkan dengan mereka yang ingin mengekalkan kehidupan yang sihat dan aktif. Menurut penduduk tempatan, juga beri ini dapat memanjangkan jangka hayat manusia. Ia mengandungi 19 Asid Amino, Beta-Carotene, 21 jenis Mineral, Vitamin C, B dan Kompleks E.
Seabuckthorn
Kawasan pergunungan Russia & China adalah tempat asalnya beri berwarna keemasan ini. Kandungan nutrien di dalamnya telah menjadi legenda turun temurun. Sejak kurun abad ke-8 lagi, beri ini telah dikaji dengan mendalam oleh doktor yang berasal dari Tibet, Yu Yuendan Gongbu. Ghengis Khan juga pada abad ke-13, dikatakan telah menggunakan beri ini di dalam pemakanan bagi membantu kegagahan dan kekuatan pahlawan-pahlawannya. Ia mengandungi Vitamin C, K, E, Asid Folik, Carotenoid, Omega Kompleks 3, 6, 7 & 9. Serta kandungan Anti-Oksida dan Flavanoid yang teramat tinggi.
Mengkudu
Lebih 2000 tahun buah ini dikenali dengan rasa dan aromanya yang unik. Pelbagai penyakit dapat disembuhkan dari pengunaan daun, batang dan juga isi buah ini. Ia mengandungi Beta-Carotine, Kalsium, Semua jenis Vitamin B, Vitamin C dan Pelbagai Mineral.
Fucoidan
Rumpai berwarna perang ini amat digemari penduduk Timur. Lebih tepat lagi di kawasan Pasifik Selatan. Rahsianya adalah sejenis nutrien bernama Fucoidan. Ahli sainits masa kini amat tertarik betapa kandungan vitamin dan mineralnya menyerupai kandungan susu ibu. Ia dapat menyokong imunisasi seseorang dengan menambahkan sel-sel darah putih yang sihat.
AcaiBerry
Beri yang berasal dari Hutan Hujan Amazon ini mempunyai pelbagai rahsia tentang penyembuhan. Warga tempatan telah mengenalpasti Beri Acai ini mengandungi khasiat dan kebolehan mengubati pelbagai jenis penyakit. Ia mengandungi Vitamin A, B1, B2 & B3. Juga Vitamin C, Antioksida, Phytonutrien dan Asid Amino yang hampir sempurna!
Gac
Buah yang berwarna oren cerah ini boleh didapati setiap akhir musim hujan di negara seperti Thailand, China dan Malaysia, dari September ke December setiap tahun. Juga dikenal sebagai mubiezi dalam rawatan tradisi Cina. Di Vietnam, buah ini telah diberi nama ‘Gac dari Syurga’. Kandungan nutrisi buah gac ini memang diiktiraf oleh pendudk tempatan dan sering digunakan di dalam upacara-upacara tradisi. Para Saintis kini mempunyai fakta-fakta yang membuktikan bahawa Gac dapat melembutkan dan melicinkan kulit serta mencerahkan mata. Ia mengandungi 70 kali ganda lebih Lycopene berbanding dengan tomato, 10 kali ganda lebih Beta-Carotene jika dibandingkan dengan lobak merah!
Manggis
Kerap ditemui di Timur-Selatan Asia. Kulit dan juga isinya diakui dapat membantu memperbaiki dan memulihkan pelbagai penyakit saraf, trombosis dan hypertension. Buah ini terkenali dengan rasanya yang enak & kandungan anti-oksida yang tinggi. Ia juga mempunyai kandungan Xanthones yang teramat tinggi!
Untuk mengabungkan semua jenis Superfood ini eXfuze telah menggunakan “Water of Life”. Struktur air ini adalah hampir sama dengan sel-sel manusia yang sihat. Sebab itulah khasiat dari ekstrak SuperFood ini amat mudah diserap oleh tubuh badan.
Untuk mendapatkan info lebih lanjut tentang Exfuze seven plus sila klik di sini .